Kenangan buat Ustazah Norlela

Awal tahun 2009 anda diundang,
warga sekolah menanti ketibaan,
kehebatan dan kemampuan dirimu,
Terbuktilah semenjak jejak kakimu.

Datang dengan gaya agresif,
penuh dengan keazaman dan keyakinan,
membentuk sikap pelajar tidak berputus asa,
mengubah minda warga dan wajah sekolah.

"Hayya Nabda" programmu,
membantu anak didik menjejak impian,
melalui aktiviti "Kita Buat Kita Ingat"
Begitulah cara keputusan awam melonjak saujana.

Dengan wajah seri dan ceria sentiasa,
kasih sayang etos sekolah ditetapkan,
lapanbelas bulan semaian dipelihara,
memperoleh hasil dan dapatan nyata.

Dari dulu asrama yang tak berapa,
kepada keadaan canggih dan kemas sekarang,
telah menjadi tanda aras,
yang boleh dicontohi sekolah lain.

Pemergianmu satu kepastian,
perpisahan telah ditakdir,
jasamu tetap dikenang,
ribuan terima kasih diucapkan

Dengan harapan anda terus berjuang,
demi nusa bangsa dan negara,
Semoga anda sentiasa tabah hati,
belayar melalui gelora hidup yang mencabar.

Berpantun dan bersajak bukan pengetahuan saya,
tanpa pembayang tanpa formula,
kandungan memang dari dalam hatiku,
buat khas untuk pengetua tersayang Ustazah Norlela.

Comments

Popular posts from this blog

盗贼獊狂

杭州之旅(9)- 小瀛洲及三潭印月

相煎何太急